Isnin, 14 Disember 2020

PENGENALAN LINGUISTIK BAHASA MELAYU

    Kursus ini bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan konsep dan prinsip dinamika linguistik bahasa Melayu. Pengetahuan mengenai sistem linguistik bahasa Melayu akan didedahkan supaya pelajar dapat menggunakan bahasa Melayu dengan aplikasi yang betul dan berupaya mengenal pasti kesalahan-kesalahan yang lazim berlaku di dalam bahasa tersebut. Melalui kursus ini, para pelajar dapat meningkatkan kemahiran asas mengenai sistem linguistik bahasa Melayu dengan baik.


KANDUNGAN SILIBUS

  • Proses Pembentukan Kata dan Ayat
  • Semantik
  • Laras Bahasa
  • Peristilahan dan Kata Pinjaman
  • Variasi Bahasa
  • Wacana
  • Perbandingan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris


HASIL PEMBELAJARAN

  1. Menerangkan konsep dan prinsip dinamika linguistik bahasa Melayu

  2. Mempamerkan kemahiran mengenal pasti maklumat-maklumat digital untuk digunakan bagi menganalisis konsep dan prinsip dinamika linguistik bahasa Melayu

  3. Mendemonstrasikan keyakinan dan disiplin diri dalam mempraktikkan konsep dan prinsip dinamika linguistik bahasa Melayu


[ BAB 1: 1.1 MORFOLOGI ]

DEFINISI :

Morfologi sebagai kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa , termasuk infleksi , terbitan dan pemajmukan.

KONSEP MORFOLOGI :

1)      STRUKTUR KATA – susunan bentuk bunyi ujaran atau lambing (tulisan) yang menjadi unit Bahasa yang bermakna

2)      BENTUK KATA – rupa unit tatabahasa,sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan,pemajmukan dan penggandaan

Terdapat dua unit MORFOLOGI : Morfem dan Kata

MORFEM :

Unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu (tatabahasa) – Kamus Dewan Edisi Keempat (2005)

  • MORFEM BEBAS : dapat wujud bersendirian
  • MORFEM TERIKAT : morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem yang lain

KATA :

PEMBENTUKAN KATA :

  • Kata Tunggal
  • Kata Terbitan
  • Kata Majmuk
  • Kata Ganda



PENGENALAN LINGUISTIK BAHASA MELAYU

     Kursus ini bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan konsep dan prinsip dinamika linguistik bahasa Melayu. Pengetahuan mengenai sistem...